Jika saya mahu memperkenalkan Ayah saya.... saya selalu akan kata dia garang dan tegas....
Masa saya membesar..... banyak perkara yang kena ikut 'law' dia..... mesti punctual, jgn cakap bohong, bangun pagi tak boleh tido balik, tutup aurat, tak boleh kuar dengan lelaki dan byk lagi....

Ayah hidup susah, terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga dan itulah yang selalu diceritakan supaya saya belajar bersungguh2... supaya dapat mengubah nasib keluarga. Antara contoh kegarangan ayah, ada satu masa stereo Ayah rosak... bila ditanya saya, Han dan Hafis... semua tak mengaku merosakkan.... Ayah amibil rotan dan beri 'hadiah' kami bertiga sbb 3-3 tak mengaku... pukul sama rata. Saya masih ingat kami bertiga duduk belakang pintu dan cadang nak lari dari rumah....

Ayah jugak seorang yang tinggi displin dan sangat menepati janji. Pernah saya ditinggal kerana terlambat nak bersiap. Dulu saya rasa Ayah tak sayang kat saya sebab apa2 majlis penyampaian hadiah, Ayah selalu kata tak de masa nak pergi dan byk benda yang diserahkan pada emak. Tapi meningkat remaja saya sedar, Ayah ego... dia tak pernah tunjuk kasih sayang sebab dia dididik begitu. Dia sayang anak2 dengan cara dia sendiri... tak de benda yang dia tak buat untuk kami... even sampai umur 37 tahun, Ayah jugalah orang yang menghantar dan mengambil saya di airport.

Semakin Ayah berumur, semakin hilang taringnya... adakala saya jeles melihat betapa manja adik saya Teha dengan dia.. Saya juga tidak sempat untuk peluk cium Ayah dan kata saya sayang padanya... Saya juga tidak sempat mintak maaf pada Ayah andai kata2 dan tingkah laku saya ada mengguris hatinya.. Saya juga tidak sempat berterima kasih kerana menjadikan siapa saya sekarang.

Terima Kasih ayah kerana mendidik saya dengan didikan agama yang sempurna, menyuruh saya menjaga aurat, menyuruh saya menjaga waktu sembahyang, menjaga pergaulan saya, menepati masa dan janji.... dan Terima kasih atas segala2nya. Kami sekeluarga redha dengan pemergian Ayah yang begitu cepat. Allah lebih menyayanginya...

Ayah selamat disemadikan pada hari Isnin 13 Disember 2010 bersamaan 7 Muharram 1432 jam 11 stengah pagi.